Ayuh!

Assalamualaikum. 

Saya sayang negara Malaysia

Saya berbangsa melayu dan saya beragama Islam. Saya yakin dan seyakinnya tiada tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah.

Saya menyeru kepada semua umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia, kembalilah kepada Islam yang syumul, bersatu dalam agama kita. Berasa izzah dengan Islam supaya kita menjadi muslim yang ditakuti bukan Islam yang ingin menjatuhkan Islam. Islam diperkotak-katikkan oleh ramai pihak dengan berleluasa. Hal ini kerana, kita terlalu mengambil mudah dengan hal-hal yang melibatkan Islam dan sangat ber-husnuzon dengan orang yang mencampuri agama kita.

Ya, Islam memang akan menang! Itu janji Allah swt. Tapi cuba refleks diri kita sama ada kita termasuk dalam golongan yang memenangkan Islam atau tidak. Astaghfirullahalazim.

Wahai mujahid mujahidah, teruslah berjuang dengan nama Allah. Berjuang dengan perjuangan yang sebenarnya tanpa bergantung kepada manusia yang tidak berkuasa apa-apa. Kita kuat! Kita hebat! Kerana kita Islam. Ayuh tanamkan perasaan izzah mu kepada Islam agar dirimu terus tetap dan tegar dengan hal-hal yang berkaitan Islam tanpa terlalu bersangka baik dengan musuh Islam.

Saya merayu..ayuh! kerana Allah semata!