Amaran Kepada Azmin Ali: Jangan SALAH GUNA Kalimah Allah

Karim's Blog

MB yang baru dilantik, dalam temubual pertamanya dengan pemberita, Azmin Ali mengatakan bahawa beliau akan meneliti semula keputusan yang dibuat oleh pentadbiran lalu dalam beberapa isu termasuk isu “Bible” (baca: Analogi Mudah Untuk Faham Isu Tindakan JAIS Terhadap Persatuan Bible Malaysia)

Walaupun Azmin cuba berlapik dalam menjawab soalan pemberita, namun beliau telah cuba juga membuka semula satu ruang yang telahpun diputuskan dalam isu ini. Dengan itu, saya ingin membuat amaran awal kepada beliau agar berhati-hati dengan tindak-tanduk yang bakal beliau ambil dalam isu “rampasan Bible” dan isu penyalahgunaan nama suci Allah oleh pelampau evangelis Kristian.

Amaran kpd Azmin-revisit BibleSeizureAMARAN ini khusus kepada MB yang baru dilantik ini supaya memahami akan sumpah setia beliau di hadapan Tuanku Sultan serta merujuk kembali titah-titah Tuanku sebelum ini dalam kedua-dua isu yang mempunyai kepentingan untuk umat Islam khususnya di negeri Selangor. JANGAN MEMANDAI dan menderhakai Tuanku.

Azmin terkenal dengan keceluparan mulutnya dalam menyanggahi kepentingan umat Islam di Tanah Air ini…

View original post 196 more words

Campur Tangan Amerika Syarikat Di Negara Islam Yang Berterusan

Ya Allah, Selamatkan Negara Kami

Karim's Blog

Dalam keadaan Syria yang sudah punah randah, Amerika Syarikat meneruskan usaha untuk menjahanam terus bumi yang Rasulullah doakan keberkataannya.

Terbaru, Dewan Perwakilan (House of Representatives) Amerika Syraikat telah meluluskan cadangan Obama untuk melatih 5,000 tentera “pemberontak” di sebuah kem latihan di Arab Saudi untuk melawan “militant ISIS”. Dipetik dari http://thecable.foreignpolicy.com:

In a crucial vote of support for the White House’s declared war on Islamic State militants in Syria and Iraq, the House of Representatives voted to give President Barack Obama authority to arm and train Syrian rebels in the war-torn country.

… which would train some 5,000 Syrian rebels in the first year at facilities in Saudi Arabia.

Maknanya, Amerika Syarikat kini akan melatih 5,000 (untuk tahun pertama) “orang Islam” untuk berperang dengan “orang Islam ISIS”. Pemimpin ISIS Abu Bakar Baghdadi kita semua sudah maklum adalah awalnya hasilan didikan Amerika Syarikat. Samada penerusan gerakan militant ISIS/ISIL sekarang ini adalah…

View original post 141 more words

Penghasut Memang Tidak Suka Akta Hasutan

Karim's Blog

Apakah tujuan adanya Akta Hasutan? Kenapa ada orang yang takut dengan Akta Hasutan? Kenapa mereka mahu hapuskan Akta Hasutan?

Jawapan mudah mungkin kita guna analogi sebegini:

Akta574-Seksyen3971. Kita ambil contoh Akta 574 (Kanun Keseksaan). Dan kita baca pada Seksyen 397 yang berbunyi:

Jika pada waktu melakukan atau mencuba melakukan rompak, pensalah itu bersenjatakan atau menggunakan apa-apa senjata maut, atau menyebabkan cedera parah kepada mana-mana orang, atau mencuba menyebabkan kematian atau cedera parah kepada mana-mana orang, maka pensalah itu bolehlah dikenakan sebat …

2.  Bagi kita, orang awam, sudah pasti kita akan merasa perlunya ada peruntukan undang-undang yang boleh menangkap serta menghukum orang yang mungkin merompak serta mencederakan kita atau ahli keluarga kita.

3. Tetapi bagi seorang yang KERJANYA merompak atau BERNIAT untuk merompak, sudah pastilah dia tidak senang dengan adanya peruntukan undang-undang yang menyekat kebebasannya untuk melakukan jenayah.

Maka, di dalam masyarakat yang aman damai sudah pastinya kita semua mahukan sesuatu kawalan undang-undang yang boleh…

View original post 259 more words