Jahit sendiri jubah untuk si kecil

Menjahit adalah salah satu hobi saya. Dapat adjust sikit baju sendiri rasa seronoknya Allah je yang tahu hehe. Tapi saya belum lah mahir menjahit. Sekadar isi masa lapang sahaja.

Jubah ni boleh terjahit sebab jumpa link FB ni:

https://m.facebook.com/media/set/?set=a.484863495044408.1073741846.407209642809794&type=3

Terima kasih banyak2 ye sebab sudi bagi pola jubah free untuk umur 1 dan 2 tahun. Siap dengan langkah-langkah lagi. Moga murah rezeki kalian. Aminn.

Jadi saya nak sharelah hasil saya jahit jubah untuk Ahmad dengan pola tu. Moga membantu sedikit sebanyak bagi yang sedang mencari-cari nak jahit baju anak sendiri. InsyaAllah.

1. Inilah pola free tu. Depa bagi dalam bentuk pdf. Kita cuma perlu print dan main puzzle kemudian selotape sahaja.

2. Gunting pola yang kita nak. Macam saya gunting pola umur 1 tahun ikut garisan yang depa label.

3. Dah dapat pola boleh gunting kain yang kita nak. Guna kain lebihan pun boleh sebab saiz anak-anak ni takdelah besar lagi hehe. Dari segi labuh tu kita boleh adjust. Tengok ketinggian anak kita.

4. Ini saya ikut langkah dia, jahit bahu dulu. Then baru dapat kemaskan bahagian leher.

5. Selepas tu boleh cantum lengan dia. Dan jahit lah semua. Saya ni amatur. Mesin jahit pun takde lagi. Jadi jahit jelujur je hehe.

6. Alhamdulillah inilah hasilnya. Tambah anak patung bagi nampak bayi2 sikit hehe.

Selamat mencuba. Sekian.

Resepi biskut marjerin cip coklat

Alhamdulillah senang je buat biskut ni. Bahan2 dia pun tak banyak.

Bahan-bahan:

1. 1 cawan marjerin

2. Setengah cawan gula perang

3. 2 cawan tepung gandum

4. 1 setengah sudu kecil baking powder

5. 100gm coklat cip

Cara-caranya:

1. Pukul marjerin dan gula perang sehingga kembang. Ketepikan.

2. Ayak tepung dengan baking powder

3. Masuk bahan ayak ke adunan marjerin sedikit demi sedikit.

4. Masukkan cip coklat.

5. Bentukkan dengan cara yang disukai. Adunan ni agak lembik ye.

6. Bakar dalam oven 170°C selama 10-15 minit bergantung saiz biskut yang dibentuk dan bergantung juga dengan jenis oven.

Sekian.

Sedapnya!

Solat dengan anak kecil

Biasanya si ibu akan bergelut untuk solat terutamanya nak kejar solat di awal waktu. Anak2 atau pekerjaan rumah sering kali menggoda kita secara tidak langsung untuk melambatkan solat. Sedikit tips saya buat walaupun tidaklah sempurna tapi membantu sedikit sebanyak.

0. Kena ada azam untuk solat awal waktu sebaik mungkin. Kalau ada yg tak dapat seperti kena menyusu dan sebagainya. Takpe usaha lagi utk solat seterusnya.

1. Baca surah an nas depan dia sebelum solat dengan gaya yg boleh menarik perhatian dia. Selain tu, boleh initiate dia hafal surah an nas nanti.

2. Kalau dia masih nak kita. Kita solat sunat qabliyah (sebelum) dulu sambil pegang dia. Sama ada solat duduk atau solat berdiri. Kalau solat kat luar dia takut dengan persekitaran asing kan. Jadi better bagi dia duduk dekat dengan kita sambil kita solat sunat. InsyaAllah dengan izin Allah solat wajib selepas tu kita boleh fokus.

3. Bila ahmad dah 2 tahun lebih ni dia suka kita raikan dia. Jadi bentangkan sejadah khas untuk dia. So masa kita solat dia boleh buat apa je dengan sejadah dia. Nak main ke. Kadang-kadang dia ikut solat sekali alhamdulillah.

Alhamdulillah. Setakat itu sahaja sehingga berjumpa lagi insyaAllah.

Baju Ahmad 15 bulan

Alhamdulillah. Ini Ahmad Asadullah. Anak soleh kami. Ni baju dia kami beli masa newborn lagi. Sekarang masih boleh pakai. Selagi boleh pakai kita bagi je pakai kan. Sebab anak2 ni cepat membesar. Sayang je kalau banyak baju boleh pakai sat2. So apa kata kita bagi pakai sampai lunyai 😛

Semangat Menulis perlu dicari

Assalam. Alhamdulillah baru download apps Worpress ni. Jadi mudah nak update bila2 masa. InsyaAllah. Harapnya wordpress ni mesra lah nak gunanya berbanding blog google ye.

Saya ni pemalu orangnya. Dalam media sosial tak semua benda nak share walaupun rasa je nak share. Berhati2 orang kata hehe (yelatu). Tapi memang berhati hati tu kena ada kan.

Jadi, teringat yang blog ni takde orang tahu sangat jadi boleh share dengan niat ia boleh memberi manfaat kepada orang lain dan bukannya mengundang kemurkaan Allah swt.

Mana tahu tips ke apa ke yang di share empunya boleh rujuk kat sini balik kan. Hehe. InsyaAllah.

Ok sekian sahaja muqaddimah. Padahal dah nak masuk tahun 2020 dah. Huhu.

Moga Allah reda. Aminnn