Pelampau Evangelis Kristian

Melampaui batas

Karim's Blog

Dalam tulisan-tulisan saya, saya mengguna istilah Pelampau Evangelis Kristian. Ada yang minta saya kongsikan sebab saya mengguna istilah sedemikian.

Tordesillas Lesen Kristian MembunuhPara Pelampau Evangelis Kristian ini sememangnya layak digelar pelampau. Mereka melampaui batas-batas yang telah ditetapkan di Tanah Air kita, Tanah Melayu yang aman damai sebagai sebuah negara Islam berdaulat. Pelampau Evangelis Kristian mulanya mencemarkan kedamaian di alam Melayu ini apabila menyerang sebuah kerajaan Islam Melayu Melaka dengan menghantar bala tentera Kristian Portugis di bawah restu ketua penjajahan yang zalim, Pope Alexander VI (melalui Perjanjian Tordesillas). Mereka menghancurkan segala masjid dan tinggalan Raja-raja Melayu Melaka.

Seterusnya musuh Islam ini, yakni, orang-orang sesat yang kita minta perlindungan dari Allah sebanyak 17 kali setiap hari, silih berganti merosakkan serta merampas kekayaan bumi Melayu.

Apabila terbentuk Persekutuan Tanah Melayu maka diperkuatkan kedaulatan Islam di bumi ini dengan termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Agama Islam sebagai Agama Persekutuan (Perkara 3 (1)). Namun para pelampau evangelis Kristian melampaui…

View original post 413 more words

Azwan Bro A Liability To UMNO?

Dari seorang adik ‘thought’:

Ahmad Ali Karim's Weblog

UMNO leaders recognise the important role taken by the Malay/Muslim NGOs in strengthening the faith of the Muslims who are the core voters of UMNO.

During the opening speech of the of the assemblies of UMNO’s Wanita, Pemuda and Puteri wings, UMNO’s Deputy President said:

“Di samping itu, institusi-institusi Islam perlu diperkasa, penguatkuasaan undang-undang Islam perlu dipertegas dan kerjasama UMNO dengan NGO-NGO Islam perlu diperkukuh.” – Tan Sri Muhyiddin.

But unlike his UMNO bosses, UMNO Youth Vice Chief, Khairul Azwan or better known as Azwan Bro, seems to be really angry at the Malay NGOs that he made two statements against them; first, before the Perhimpunan Agung UMNO 2014, and again, during the Perhimpunan Agung UMNO.

In his first statement Azwan Bro told the senior UMNO leaders to share his sentiment towards the right-wing NGOs and in his second statement, he made a harsh and uncalled statement towards those NGOs, even calling them, “radical”.

“Kekeliruan ini menyebabkan persepsi yang disebut…

View original post 426 more words

Memahami Keputusan Mahkamah Rayuan Mengiktiraf Orang Yang Berpenyakit Mental – Satu Perspektif

Karim's Blog

Keputusan panel hakim Mahkamah Rayuan berhubung isu orang lelaki yang berpakaian perempuan baru-baru ini amat mengejutkan ramai kita.

Panel hakim yang bersidang memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan – dengan itu mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai terbatal.

Pertamanya mari kita faham apa isu yang dibicarakan. (Saya tidak mengguna pendekatan hukum syariah)

1. Hak Asasi Manusia

2. Lelaki yang berpakaian perempuan

Hak Asasi Manusia sememangnya terpelihara dalam Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan Asasi (Fundamental Rights) ini memang disebut dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan. Namun ianya tidak memberi hak kepada orang yang sakit gila untuk mengamuk membunuh orang.

Orang gila hendaklah diberikan rawatan dengan sempurnanya supaya pesakit mental ini tidak menganggu ketenteraman awam.

ICD10Perkara kedua yang ingin dibicara ialah “lelaki perpakaian perempuan” – ianya merupakan suatu penyakit mental (mental disorder). Kepada pengamal perubatan mereka sudah pasti maklum dengan klasifikasi…

View original post 169 more words

Tok Ku Paloh Pejuang Ulama dan Wali Besar Melayu

MasyaAllah, dapat mengenali Tokku Paloh yang hebat ini. Moga kita semua berusaha untuk mengikut jejak langkah ulama. Bertapa hebat hubungan mereka dengan Allah swt, sehingga menguasai pelbagai kelebihan duniawi.

Jalan Akhirat


Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang

ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Diceritakan pada suatu ketika, British cuba berunding dengan Sultan Terengganu iaitu Sultan Zainal Abidin III supaya membenarkan mereka menduduki kawasan Bukit Besar tetapi baginda menyuruh penjajah itu menemui Tokku Paloh.

Baginda menyebut, “Terengganu ini ada tuannya, hendaklah berunding dengan tuannya terlebih dulu,” yang mungkin bermaksud bahawa Tokku Paloh adalah orang yang lebih berhak memutuskan permintaan berkenaan.

Mendengar jawapan Sultan Terengganu itu, sepasukan pegawai British kemudian bergerak ke rumah ulama itu untuk berunding. Tokku Paloh mengatakan bahawa mereka boleh ‘mengambil’ Bukit Besar dengan syarat bukit itu dibawa balik ke negeri mereka.

“Kalau untuk mencampuri urusan pentadbiran kami, saya menolak walau atas alasan apa sekalipun tapi…

View original post 834 more words

Amaran Kepada Azmin Ali: Jangan SALAH GUNA Kalimah Allah

Karim's Blog

MB yang baru dilantik, dalam temubual pertamanya dengan pemberita, Azmin Ali mengatakan bahawa beliau akan meneliti semula keputusan yang dibuat oleh pentadbiran lalu dalam beberapa isu termasuk isu “Bible” (baca: Analogi Mudah Untuk Faham Isu Tindakan JAIS Terhadap Persatuan Bible Malaysia)

Walaupun Azmin cuba berlapik dalam menjawab soalan pemberita, namun beliau telah cuba juga membuka semula satu ruang yang telahpun diputuskan dalam isu ini. Dengan itu, saya ingin membuat amaran awal kepada beliau agar berhati-hati dengan tindak-tanduk yang bakal beliau ambil dalam isu “rampasan Bible” dan isu penyalahgunaan nama suci Allah oleh pelampau evangelis Kristian.

Amaran kpd Azmin-revisit BibleSeizureAMARAN ini khusus kepada MB yang baru dilantik ini supaya memahami akan sumpah setia beliau di hadapan Tuanku Sultan serta merujuk kembali titah-titah Tuanku sebelum ini dalam kedua-dua isu yang mempunyai kepentingan untuk umat Islam khususnya di negeri Selangor. JANGAN MEMANDAI dan menderhakai Tuanku.

Azmin terkenal dengan keceluparan mulutnya dalam menyanggahi kepentingan umat Islam di Tanah Air ini…

View original post 196 more words

Campur Tangan Amerika Syarikat Di Negara Islam Yang Berterusan

Ya Allah, Selamatkan Negara Kami

Karim's Blog

Dalam keadaan Syria yang sudah punah randah, Amerika Syarikat meneruskan usaha untuk menjahanam terus bumi yang Rasulullah doakan keberkataannya.

Terbaru, Dewan Perwakilan (House of Representatives) Amerika Syraikat telah meluluskan cadangan Obama untuk melatih 5,000 tentera “pemberontak” di sebuah kem latihan di Arab Saudi untuk melawan “militant ISIS”. Dipetik dari http://thecable.foreignpolicy.com:

In a crucial vote of support for the White House’s declared war on Islamic State militants in Syria and Iraq, the House of Representatives voted to give President Barack Obama authority to arm and train Syrian rebels in the war-torn country.

… which would train some 5,000 Syrian rebels in the first year at facilities in Saudi Arabia.

Maknanya, Amerika Syarikat kini akan melatih 5,000 (untuk tahun pertama) “orang Islam” untuk berperang dengan “orang Islam ISIS”. Pemimpin ISIS Abu Bakar Baghdadi kita semua sudah maklum adalah awalnya hasilan didikan Amerika Syarikat. Samada penerusan gerakan militant ISIS/ISIL sekarang ini adalah…

View original post 141 more words

Penghasut Memang Tidak Suka Akta Hasutan

Karim's Blog

Apakah tujuan adanya Akta Hasutan? Kenapa ada orang yang takut dengan Akta Hasutan? Kenapa mereka mahu hapuskan Akta Hasutan?

Jawapan mudah mungkin kita guna analogi sebegini:

Akta574-Seksyen3971. Kita ambil contoh Akta 574 (Kanun Keseksaan). Dan kita baca pada Seksyen 397 yang berbunyi:

Jika pada waktu melakukan atau mencuba melakukan rompak, pensalah itu bersenjatakan atau menggunakan apa-apa senjata maut, atau menyebabkan cedera parah kepada mana-mana orang, atau mencuba menyebabkan kematian atau cedera parah kepada mana-mana orang, maka pensalah itu bolehlah dikenakan sebat …

2.  Bagi kita, orang awam, sudah pasti kita akan merasa perlunya ada peruntukan undang-undang yang boleh menangkap serta menghukum orang yang mungkin merompak serta mencederakan kita atau ahli keluarga kita.

3. Tetapi bagi seorang yang KERJANYA merompak atau BERNIAT untuk merompak, sudah pastilah dia tidak senang dengan adanya peruntukan undang-undang yang menyekat kebebasannya untuk melakukan jenayah.

Maka, di dalam masyarakat yang aman damai sudah pastinya kita semua mahukan sesuatu kawalan undang-undang yang boleh…

View original post 259 more words

Mengapa tindakan berpilih-pilih? Takut usik merekakah …

Pilih kasih atau….?

Karim's Blog

sumber: © Utusan Melayu (M) Bhd

PANTAS secepat kilat. Itu pandangan umum apabila pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang gadis, Kiki baru-baru ini yang mencemar etika terpapar dalam laman sosial.

Cuma yang peliknya, mengapa apabila orang Melayu menjadi pelakunya, cepat pula pihak berkuasa bertindak.

Dalam kes Kiki yang mengherdik seorang warga tua Cina, yang meskipun yang terkena tidak mahu melaporkan kepada pihak berkuasa, pihak berkuasa sendiri pula tetap berkehendakkan gadis itu dihadapkan ke muka pengadilan.

Kalau itu rumusannya, mengapa apabila pelakunya daripada kaum Cina yang menghentam, mempersenda serta melempar tohmahan terhadap agama Islam, Raja-Raja Melayu serta orang Melayu, lambat atau tidak ada langsung tindakan dibuat.

Dan kalau dibuat pun, apabila tiba di balai, pelakunya akan mendakwa Facebook atau Twitter mereka diceroboh oleh anasir tidak bertanggungjawab. Siapa anasir itu? Bukankah si pemilik akaun Facebook itu sendiri?

Juga, apabila sudah dihambat ketakutan, tahu pula memohon maaf. Tetapi damage has been done.

View original post 258 more words

10 perkara yang anak muda wajib buat untuk bantu Palestin

NUN

1) Anjurkan program kesedaran Palestin di sekolah, kolej atau universiti

ammar dan sharib

2) HACK akaun Israel

hacker

IMG-20140730-WA0009

3) Create satu public perception dekat twitter, facebook dan blog

Screen Shot 2014-08-02 at 10.23.58 PM

10517535_766616430046666_1472103889613527279_n

4) Design/Bagi talk/Vlog/Menulis/Nasyid Palestin

1798494_485062024953005_88056099_ndesign 1

10294322_745978888755902_3762860165532368560_n

5) Buat demo/flashmob

Aqsa Syarif

maxresdefaultflash mob RD3Busking-dan-flashmob-Aqsa-Syarif

6) Edar flyers pada masyarakat

10527384_763780570330118_1742822647420163948_nderma 2

7) Kutip Derma untuk Palestin

derma

8) Boikot MC D, starbuq dan sekutututunya.

boikot mcd terrorism

9) Sertai misi kemanusiaan ke sana/ sukarelawan di Malaysia

aman palestin mesir 3

10588892_919907574692984_1495182504_n

aman palestin

10) Doa (Qunut Nazilah) + Jangan buat maksiat

Poster-DoaUntukGaza10436274_263023143899641_688703126505456491_n

p/s: Kalau korang tak tahu mana nak start? Boleh la pm page-page macam Aman Palestin ke, Aqsa Syarif ke. Kalau design, korang boleh join batalion group FB: Grafik Malaya. Pesan akhir, marilah kita jadi proaktif, jangan jadi pasif. Anak muda mampu merubah dunia!

View original post

Ayuh!

Assalamualaikum. 

Saya sayang negara Malaysia

Saya berbangsa melayu dan saya beragama Islam. Saya yakin dan seyakinnya tiada tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah.

Saya menyeru kepada semua umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia, kembalilah kepada Islam yang syumul, bersatu dalam agama kita. Berasa izzah dengan Islam supaya kita menjadi muslim yang ditakuti bukan Islam yang ingin menjatuhkan Islam. Islam diperkotak-katikkan oleh ramai pihak dengan berleluasa. Hal ini kerana, kita terlalu mengambil mudah dengan hal-hal yang melibatkan Islam dan sangat ber-husnuzon dengan orang yang mencampuri agama kita.

Ya, Islam memang akan menang! Itu janji Allah swt. Tapi cuba refleks diri kita sama ada kita termasuk dalam golongan yang memenangkan Islam atau tidak. Astaghfirullahalazim.

Wahai mujahid mujahidah, teruslah berjuang dengan nama Allah. Berjuang dengan perjuangan yang sebenarnya tanpa bergantung kepada manusia yang tidak berkuasa apa-apa. Kita kuat! Kita hebat! Kerana kita Islam. Ayuh tanamkan perasaan izzah mu kepada Islam agar dirimu terus tetap dan tegar dengan hal-hal yang berkaitan Islam tanpa terlalu bersangka baik dengan musuh Islam.

Saya merayu..ayuh! kerana Allah semata!