Pengalaman buat ujian BSP untuk pertama kali

Alhamdulillah sekarang nak sambung post pasal BSP test pula. Kot nanti boleh rujuk sini kalau nurse atau doktor tanya. Hehe.

Hari jumaat lepas yang nurse kata saya positif gdm, nurse ajar macam mana nak buat BSP test. Hari yang kena buat adalah hari khamis berikutnya. Jadi kita ada masa untuk betulkan diet seharian kita sebelum buat BSP test.

24hb Rabu: 9 malam kena mula puasa. Iaitu tidak boleh makan dan minum. Saya mula cuak bila mula dahaga selepas itu. Tanya kakak senior katanya minum air kosong je boleh, makan dan minum air manis tak boleh. Alhamdulillah.

25hb Khamis: 8 pagi ambil BSP test pertama. Alhamdulillah keputusan 4.9. Sebelum tu selepas subuh, masak siap2 bihun goreng yang boleh makan sampai ke petang. Selepas tu barulah makan bihun 1 pinggan sederhana dan air kosong. Kena berhenti makan sebelum 8.30am.

Pukul 10.30am buat BSP test dapat result 4.4. Sebelum tu dah rasa lemah sikit badan. Mungkin sebab rasa kurang gula. Huhu. Jadi selepas itu saya makan biskut Jacob weetameal anggaran 7 keping cicah dengan susu kambing. Then makan lagi bihun goreng 1 cawan kecil, jambu batu 2 potong. Sebab rasa hypo tu yang makan banyak macam ni.

Pukul 12 tengah hari makan tengah hari bihun 3/4 mangkuk. Still rasa lemah. Minum susu Hana 1 cawan IKEA baru rasa bertenaga. Kena stop makan sebelum 12.30pm.

Pukul 2.30pm buat BSP test. Masa ni rasa bertenaga lagi. Tapi… Alamak terkejut dapat 6.3. Ni mesti sebab makan banyak dan laju-laju. Jadi insaf balik sampai malas nak makan hehe. Nak dekat pukul 4pm rasa mula hypo, lapar. Makan 2 keping biskut Jacob tu tapi still tak ada perubahan. Jadi buat lagi 1 cawan susu Hana dengan niat dapat tenaga balik. Tapi still sama. Jadi baring sambil update hp. Masa ni kan rasa letih dan lapar tapi kena kawal makan, mulalah mudah nak rasa marah dekat orang. Adeh. Sori ye tak sengaja huhu. Selepas baring update benda yang kita suka alhamdulillah hampir sejam rasa ada tenaga balik. Kebetulan dekat sini dah nak asar jadi solat asar dulu.

Pukul 5.15pm makan malam. Saya makan bihun goreng juga tapi letak sambal dan telur dadar ahmad sikit nak bagi tambah selera dan tenaga InsyaAllah. 5.30pm kena stop makan. Selepas buat kerja sikit, kebetulan anak soleh akhirnya nak tidur petang. Jadi pukul 6 lebih take a nap sambil tunggu masa untuk next BSP test.

Pukul 7.30 ambil test. Alhamdulillah tak sampai 6, 5.6 kali ini. Tadi doa supaya jangan banyak macam tadi. Jadi, berakhirlah BSP test saya hari ini.

Alhamdulillah mencabar juga. Nasib baik cuti dari mengajar jadi dapat fokus betul. Itulah sebab kena doa banyak-banyak selalu. Sebab sebaik-baik pengatur hidup kita adalah Allah Swt, Ya Bari.

Alhamdulillah esoknya jumpa Doktor. Doktor review result cantik jadi kena ulang lagi empat kali. Setiap 2 minggu kena buat BSP test sampai lah bersalin. Hehe ingatnya bila dah ok tak payah buat dah. Takpelah kita terima je sebab depa nak pantau kesihatan ibu dan anak. Alhamdulillah terima kasih Doktor, misi, klinik, KKM dan semua. Alhamdulillah bertuah jadi rakyat Malaysia perkhidmatan percuma, servis pula tiptop Alhamdulillah ๐Ÿฅฐ.

Pengalaman mendapat kencing manis ketika mengandung (gdm)

Assalamualaikum saya nak cerita pengalaman saya sedikit sebagai rujukan jika perlu untuk masa-masa mendatang.

Jumaat lepas misi call saya positive gdm (kencing manis ketika mengandung). Result mgtt kedua. Yang first lulus. Bila dapat tahu agak sedih juga lah kan. Sebab anak first tak pernah ada. Tapi bila share dekat suami kata sebab selalu makan lewat malam. Betul lah tu sekarang saya mengajar mengaji anak-anak jiran selepas maghrib sampai habis. Suami pula balik kerja sekitar maghrib atau lebih akan tunggu saya untuk makan malam. Biasanya pukul 9 ke atas baru makan malam. Kadang-kadang pukul 10. Masa tu saya tak perasan habit tu sangat tak bagus tambahan pula tengah mengandung. Padahal suami tegur juga. Tapi nak buat macam mana bilangan pelajar semakin meningkat. Kalau takde kelas, ada meeting. Hehe busy katakan.

Sejak itu saya digalakkan suami jaga waktu makan. Jangan makan lewat. Pukul 8 paling lambat. Jadi suami kata tak perlu tunggu dia balik kerja, makan je dulu. Alhamdulillah suami sangat supportive. Setelah itu saya study juga pasal gdm ni. Tanya kawan-kawan dan kakak yang ada pengalaman. Dia kena jaga makan macam orang jaga makan nak kurus sihat gitu. Sampai hari Rabu, hari ke-5 baru nampak hikmah dia. Alhamdulillah.

Sebelum tahu ada gdm, selalu rasa penat dan sakit-sakit badan. Pernah tu rasa 1 hari ok, 1 hari letih sungguh. Rupanya sebab gula dalam darah tinggi. Jadi bila dah mula jaga makan sebab gdm, barulah badan dah ok dan tak mudah rasa letih. Nak buat kerja rumah pun ok je tak cepat letih. Letih tu ada juga tapi tak seteruk sebelum ini. Itulah nak kata manusia ini kalau tak ditarik nikmat, tak jaga betul-betul amanah yang Allah beri sampailah Allah datang kan sedikit ujian. Allahu. Jadi kena pegang kata-kata ini; Allah uji sebab Allah sayang. Kata-kata kakak senior masa sekolah menengah dulu. Alhamdulillah. Tq akak.

Alhamdulillah sekarang saya pula rasa bersyukur bila ada gdm saya akan jaga diet pemakanan saya. InsyaAllah harapnya dapat terus istiqomah. Kalau tak asyik mengidam itu ini je konon sebab mengandung. Mengidam pun kena berpada-pada juga. Minta kekuatan daripada Allah swt. Allah jua Yang Maha Mengetahui akan perihal hamba-hamba-Nya.

Jadi next post saya nak share pasal pengalaman kena buat BSP (blood sugar profile) test kali pertama. InsyaAllah.

UJUB ITU DATANGDENGAN DIAM-DIAM.TANPA KITA SEDARI

UJUB berbeza dengan RIYA

Kadangkala RIYA dapat dihindari, tapi UJUB masih ada.

Contoh :
Kita sholat tahajjud diam-diam. Tidak ada yang tahu dan tidak kita ceritakan pada orang lain, dengan harapan agar tidak RIYA.
Maka saat kita tidak menceritakan amalan kita, kita berhasil menghindari RIYA.
Semata-mata kita beribadah karena Allah, bukan karena ingin dipuji orang lain.

Jangan cepat berpuas diri dulu, karena syaitan terus berusaha menggelincirkanmu.
Tiba-tiba dalam hati berkata-kata, karena muncul rasa bangga terhadap diri sendiri.
” Hebat aku ini, bisa bangun setiap malam tak pernah ketinggalan sholat tahajjud tanpa diketahui orang lain, sementara orang lain tertidur pulas.”

Saat hati berkata begitu, itulah yang dinamakan UJUB.

Walaupun berhasil untuk tidak RIYA’,
tetapi masih belum berhasil untuk tidak UJUB.

UJUB
adalah perasaan kagum atas diri sendiri.

Merasa diri hebat, berbangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.

UJUB
adalah penyakit hati yang paling tersembunyi.

Perasaan UJUB bisa datang dalam berbagai bentuk.

DIANTARA NYA :
Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya”.
Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya”.
Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya”.
Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya”.
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya”.

Sufyan At-Tsauri Mengatakan :
“UJUB adalah
perasaaan kagum pada dirimu sendiri, sehingga kamu merasa bahwa kamu lebih mulia dan lebih tinggi derajatnya dibanding orang lain”.

Padahal semua kelebihan yang kita dapatkan adalah kelebihan yang kita dapatkan dari Allah.
Karena itu selayaknya kekaguman hanyalah kepada Allah, bukan kepada diri sendiri.

Dan ingatlah syaitan akan selalu menggiring manusia untuk masuk ke dalam fikiran berbangga kepada diri sendiri, agar amalan manusia tidak mendapat nilai. IMAM NAWAWI. Rahimahulloh berkata :

“Ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Barangsiapa ujub dengan amalnya sendiri, maka akan terhapus amalnya.”
(Syarh Arbaโ€™in). Naa'udzu billaahimin dzalik

Jauhi sifat Ujub, jadikan amalan kita 100% karena pengabdian kepada Allah.

BAGAIMANA CARA MENGURANGI SIFAT UJUB:

1. Setiap kali terdetik di hati tentang kehebatan diri, segera istighfar memohon ampun kepada Allah.

2. Mengganggap semua kelebihan adalah milik Allah.

3. Berdoa mohon bantuan Allah agar hati kita bisa beribadah dengan ikhlas.

ู‚ูู„ู’ ุฅูู†ู‘ูŽ ุตูŽู„ูŽุงุชูู‰ ูˆูŽู†ูุณููƒูู‰ ูˆูŽู…ูŽุญู’ูŠูŽุงู‰ูŽ ูˆูŽู…ูŽู…ูŽุงุชูู‰ ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุฑูŽุจู‘ู ูฑู„ู’ุนูŽูฐู„ูŽู…ููŠู†ูŽ
Katakanlah (Muhammad), sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.
(Qur’an surat Al An’am – 162)

Semoga Allah membantu kita mengikis penyakit ujub yang ada di hati. Aamiin Ya ALLAAH Yaa Rabbal Alamiin

P/s: Dapat dari perkongsian group whatsapp. Moga Allah lindungi kita dan hati kita daripada sifat-sifat mazmumah.

Anak batuk dan selsema cuba urut dengan minyak bawang putih

Bahan-bahan:

1. Bawang putih 1 ulas, 2. minyak masak 2-3 sudu

Cara-cara saya:

1. Bakar bawang putih atas dapur guna garfu. Biar semua jadi hitam

2. Letak dalam bekas yang sesuai.

3. Letak minyak masak (sudah tentu yang belum diguna).

4. Hancurkan bawang putih dan bagi dia sebati dengan minyak masak tu.

5. Boleh guna untuk sapu pada dada anak, perut, belakang, betis dan tapak kaki sambil baca selawat dan lain-lain zikir yang baik.

6. Guna sampai minyak bau tak okey baru stop dan buat yang baru kalau tak sempat habis.

7. Moga anak cepat sembuh dengan izin Allah SWT.

Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa

Susulan wabak pandemik Covid 19 awal tahun 2020 ini, Malaysia antara negara yang tidak terkecuali mengadakan PKP buat rakyatnya. Perintah ini meliputi rakyat tidak boleh bebas keluar ke mana-mana melainkan untuk mendapatkan keperluan asas sahaja. Itupun hanya terhad kepada seorang wakil isi rumah sahaja.

Sudah pasti PKP ini memberi kesan kepada keluarga mahupun individu yang perlu keluar mencari rezeki. Stok makanan di kedai mahupun pasaraya walaupun dijanjikan tidak akan terjejas, tapi kita tidak dapat halang orang yang membuat pembelian panik pada bila-bila.

Justeru, sebagai muslim yang ingin hidupnya memberi manfaat kepada orang lain, harus mengambil kesempatan ini bagi membantu mereka yang memerlukan. Antara manfaat yang boleh dilakukan adalah:

1) Menderma/infaq/beri sumbangan

Ramai sangat insan yang terjejas dengan situasi ini. Kita boleh memberi sumbangan terus (dengan mengambil kira panduan KKM) kepada mereka yang kita kenal atau dekat. Atau serahkan sumbangan kita kepada badan berautoriti seperti Yayasan Ikhlas, Aman Palestin Berhad dan lain-lain untuk mereka agihkan. Mereka lebih tahu siapa yang layak untuk mendapat agihan terbabit. Sila klik.

2) Berdoa dan beramal dengan Ibadah yang sahih

Sebagai muslim kita tahu, doa merupakan senjata yang sangat ampuh bagi muslim. Jadi, jangan kita lupa untuk doa kesejahteraan mereka yang terjejas ekonominya, mereka yang dijangkiti, para petugas frontliner dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Supaya doa kita lebih berkesan serta ‘tepat menepati sasaran’, kita harus menjaga amal soleh kita dan memperbanyakkan ibadah terutama bagi yang perlu ‘Duduk di rumah’. Kerana Allah menerima doa-doa orang yang berusaha mendekati Allah swt.

3) Kadang-kadang kita tidak diuji dengan diberi kesusahan, tapi diuji dengan diperlihatkan kesusahan orang lain.

Ayuh kita bantu mengikut kapasiti masing-masing.

Moga kita dilindungi Allah swt dari musibah ini dengan asbab membantu orang yang dalam kesusahan dan beramal soleh kerana mengharap ampunan dan reda Allah swt.

Jahit atau DIY Nursing Pillow

Akhirnya yang ditunggu-tunggu oleh saya sudah tiba alhamdulillah. Untuk anak yang pertama tak sempat nak rasa ada satu nursing pillow. Jadi untuk anak kedua ini insyaAllah saya nak buat satu memandangkan harga dia di pasaran mahal juga. Takpa kita berjimat cermat untuk beli benda lain pula macam set pantang ke dan lain-lain.

Cara-cara nak buat adalah

1. Print pola dari link ini: https://www.made-by-rae.com/blog/2014/03/sewing-for-baby-nursing-pillow-cover-tutorial. Tq Rae for sharing this for us โค. Mrs Rae ini setahu saya omputih yang rajin share pasal diy projects untuk Mommies di luar sana. Boleh tengok website beliau yang awesome tu.

2. Bila dah print pola, gunting dan cantumkan dengan selotape. Saya nak buat nursing pillow dan bukan sarungnya jadi saya lipat bahagian pola yang nak letak zip tu. So jadilah macam ni.
3. Saya edit cara-cara seterusnya dengan edit gambar pula hehe. Boleh guna dua kain berasingan atau kain yang sama. Saya punya dua kain berasingan. Depan  belakang lain-lain. Untuk dapat 2 helai ini saya gunting kain 2 kali dengan guna pola tu. Jangan lupa pinkan pola pada kain untuk mudahkan gunting kain. Ops anak soleh interframe dekat situ hehe.
4. Dah siap jahit. Tinggalkan ruang dalam untuk isi isi bantal.
5. Terbalikkan sebelum isi isi bantal
6. Isi perca kain ja dulu. Nanti sempat baru beli isi bantal hehe
7. Dah siap isi, jahit pula ruang yang terbuka itu. Anak soleh try new pillow hehe
8. Potong untuk sarung bantal pula. Guna pink dan biru jadi 2-2 jantina boleh pakai kononnya hehe.
9. Jahit sarung letak zip. Nak letak mana pun boleh kot. Ikut keselesaan. Alhamdulillah dah siap. Jimat kan bila boleh buat sendiri?

Membentuk generasi Islam yang hebat

Alhamdulillah apabila memiliki zuriat sendiri, semangat dan kefahaman untuk melahirkan generasi hebat itu semakin membara. MasyaAllah. Semangat dan kefahaman ini pun rezeki Allah swt ilhamkan. Alhamdulillah.

Jadi, jangan pandang enteng dengan anak-anak kecil yang ada sekarang ini. Merekalah pewaris ummah. Merekalah yang akan menggantikan pemimpin yang sedia ada ini. Bagaimana bentuk pemimpin yang akan datang nanti, bergantung cara pemimpin itu dididik sejak kecil lagi. Baik kah? Jujurkah? Korupkah? Zuhud kah?

Doakan yang terbaik. Usaha yang terbaik. Harap bantuan dan panduan dari Allah Yang Maha Kuasa sebab kita sendiri walaupun ibu bapa tiada kuasa apa-apa melainkan semuanya adalah kehendak Allah Azzawajalla.

Jahit tudung 2 layer (1 jenis kain) dengan awning scuba

Saya nak buat projek nursing pillow. Tak sabar sebenarnya. Tapi kena jahit tudung ni dulu. Sebab banyak baju boleh match hehe InsyaAllah.

Sebab apa nak jahit tudung ni sekali dengan awning? Sudah tentulah nak jimat kain tudung dan nak jimat masa juga. Dari beli tudung baru better letak je awning dan jahit sendiri. Nak bersiap pun cepat.

Oh awning tudung scuba saya beli online dengan tukang jahit di Sungai Petani. Murah sahaja rm3.50 satu tanpa tetulang. Alhamdulillah.

Camna nak buat ye? InsyaAllah senang je. Jom tengok!

1. Bentang tudung bawal yang dikehendaki. Lipat segi tiga. Awning tu yang akan digunakan nanti.
2. Kemudian lipat 2 lagi jadi macam ni.
3. Gunting hujung tudung bentuk lengkung atau curve. (Saya masih lemah bab gunting bahagian ini, kena belajar lagi)
4. Buka lipatan 2 tu balik. Dan tandakan dengan kapur bahagian tengah yang hendak dijahit dengan ambil kira saiz muka, biasanya 10-11 inci. Bergantung. Pastikan tidak begitu tengah supaya kain bahagian dalam lebih singkat dari bahagian luar. Jangan lupa cek dulu kain mana kain depan dan belakang ye. Boleh tengok jahitan tepi dia atau warna corak tudung kalau ada.
5. Dah buat garisan dengan kapur, pinkan tudung supaya tidak bergerak semasa menjahit.
6. Dah jahit guna tangan atau mesin jahit. Saya guna tangan. Nak lebih kemas boleh jahit dua kali. Tapi pastikan jahitan dekat luar nampak kemas baru teruskan jahitan yang kedua.
7. Dah siap jahit tengah tudung boleh sambung awning tudung pula. Tandakan dengan kapur bahagian tengah tudung dan awning. Penting supaya awning tidak senget nanti bila pakai.
8. Pinkan tudung untuk nak menjahit. Bermula dengan pin dekat garisan tengah yang ditanda dengan kapur tadi.
9. Pastikan jahit kedudukan awning dengan tudung adalah betul. Tidak perlu terbalikkan tudung untuk jahit awning. Jahit 2 kali untuk lebih kemas kalau guna tangan.
10. Alhamdulillah sudah siap. Ok next trim tudung pula hehe then boleh mula next project InsyaAllah:)

Jahit sendiri tudung dua layer (jarang dan tebal) dengan awning scuba

Alhamdulillah puas sangat-sangat dapat siapkan tudung dengan pattern yang kita nak. Tak guna pola pun. Mula-mula down juga sebab duk Google YouTube macam memerlukan pola. Alhamdulillah mungkin sebab nak buat tudung labuh jadi semua tak jadi masalah. Allah SWT ilhamkan.

Walaupun begitu saya ada tengok YouTube dan blog-blog yang ada alhamdulillah telah membantu secara tidak langsung. Terutamanya blog ini http://tutorialjahitan.com/tutorial-tudung-reben/. Basic dia buat tudung macam zaman sekolah dulu-dulu. Hehe.

Jom tengok langkah-langkah dia.

1. Bentangkan 2 tudung berasingan di atas lantai

2. Lipat dua jadikan bentuk segi tiga.

3. Trim tudung dengan gunting setiap bucu dengan bentuk curve atau lengkung (macam blog di atas buat)

4. Selepas trim. Belah dua tudung dengan gunting. Jadi sekarang dah boleh buat 2 set tudung. Nampak tak?

5. Kemudian ambil satu set tudung dulu. Satu tebal dan satu jarang. Satu set lain boleh jahit dan bagi hadiah dekat sapa-sapa ke. Hehe

6. Jahit tepi dua-dua kain itu kalau mampu. Macam saya jahit untuk kegunaan sendiri dan tak ada mesin jahit jadi saya lilinkan (bakar hujung benang kain) sahaja untuk cover lebihan benang kain supaya tidak terburai benang kain.

7. Selepas itu boleh pinkan 2 helai tudung tu supaya masa nak jahit kain tak bergerak.

Dekat hujung-hujung ini saya pin dengan dua jarum

8. Kemudian boleh lah start jahit untuk cantum kain tu. Alhamdulillah saya jahit guna tangan sahaja.

9. Selepas dah cantum, lipat segi tiga untuk cantum lagi.

Saya guna benang putih sebab kain saya background putih. Kemudian saya pin lagi supaya kain tak bergerak.

10. Kemudian ukur 10 inci atau lebihkan untuk saiz muka yang dikehendaki dan nak letak awning kemudian tandakan dengan kapur. Jangan lupa terbalikkan kain ye. Pastikan kain luar adalah kain jarang dan kain yang dalam yang tebal.

Tanda bahagian muka dengan kapur. Ni tudung yang diterbalikkan siap. Kalau salah jahit naya nanti kena tetas balik. Huhu

11. Pinkan sepanjang nak jahit dari garisan kapur sampai hujung tudung. Kemudian pastikan jahit bawah garisan yg sedia ada ye. Supaya bila buka nanti tak nampak dah jahitan pertama tu.

Yang ini dah siap jahit. Kebetulan benang habis sebelum tanda kapur biru tu. Bila test kat muka sedang-sedang. So lebihkan dari 10 inci untuk muka ye. Bergantung saiz muka yang dikehendaki. Sebab nanti nak tambah awning lagi, akan lagi ketat.

12. Sekarang boleh letak awning. Saya beli awning scuba yang dah siap jahit tepi. Tinggal nak cantum je.

Nak letak awning kena terbalikkan tudung.
13. Tandakan kapur di tengah-tengah awning dan tudung. Pastikan awning tidak panjang sebelah. Mesti kena sama panjang.
14. Sebelum jahit pin dulu sekeliling awning. Kedudukan awning dengan tudung seperti dalam gambar. Mulakan pin di tengah-tengah yang dah tanda dengan kapur tu. Sama juga dengan jahit. Jahit di tengah-tengah dulu.
15. Alhamdulillah dah siap jahit kalau jahit tangan lebih baik jahit 2 kali sebab nak bagi lagi kemas. Maaf lah jahitan ni je termampu.
16. Dah siap jahit dah boleh buka. Ni pandangan sisi
Ni pandangan depan.

Alhamdulillah sekian sahaja perkongsian. Semoga membantu buat newbie yang nak cuba jahit sendiri tudung. InsyaAllah. Selamat mencuba.

Pes Shellout Dapur Cik Yue

Assalamualaikum. Suri rumah kenalah pandai juga jana income sendiri kan. Hehe tapi bukanlah paksaan. Kalau mampu buatlah kalau tak mampu focus sahaja apa yang ada.

Saya ada kakak no 3 yang pandai masak dan suka sangat masak. Selalu je kalau pergi rumah dia, dia akan sajikan makanan yang sedap-sedap. Sampailah bila dia masak shellout sendiri ramai yang puji dan suka. Suruh dia jual pes. So bermulalah dari situ dia mula bungkus pes shellout dan pes ikan bakar. Memang best dan special sangat. Sebab dia tak kedekut bahan.

Alhamdulillah kini berkat kesungguhan kakak no 3 saya yang mesra dipanggil Cik Yue, pes beliau mendapat permintaan yang baik. Sekarang ditambah lagi pes lain yang baharu sampailah sekarang ada 7 jenis pes.

Saya sebagai adik yang baik (hehe koya di situ) bantu jadi stokis jual pes di utara. Jadi bagi sesiapa yang berminat boleh lah whatsapp saya ye http://www.wasap.my/60136472994/DapurCikYue

Senarai Produk Dapur CikYue
๐ŸŸIkan&Ayam bakar RM15
๐ŸฆShellout RM15
๐ŸฆShellout Hot&Spicy RM15
๐ŸฆShellout Extra Hot&Spicy RM15
๐ŸฌShellout SweetSour RM15
๐ŸงˆShellout Buttermilk RM15
๐Ÿง…Ibu Sambal RM12

Berat setiap pek 250+ gm. Sesuai untuk 3-4 orang sekali makan ๐Ÿ˜Š

Inilah 7 pes tersebut

Meh lah cuba kami. Gerenti nak lagi ๐Ÿ˜‹

Sekian ๐Ÿฅฐ