Pes Shellout Dapur Cik Yue

Assalamualaikum. Suri rumah kenalah pandai juga jana income sendiri kan. Hehe tapi bukanlah paksaan. Kalau mampu buatlah kalau tak mampu focus sahaja apa yang ada.

Saya ada kakak no 3 yang pandai masak dan suka sangat masak. Selalu je kalau pergi rumah dia, dia akan sajikan makanan yang sedap-sedap. Sampailah bila dia masak shellout sendiri ramai yang puji dan suka. Suruh dia jual pes. So bermulalah dari situ dia mula bungkus pes shellout dan pes ikan bakar. Memang best dan special sangat. Sebab dia tak kedekut bahan.

Alhamdulillah kini berkat kesungguhan kakak no 3 saya yang mesra dipanggil Cik Yue, pes beliau mendapat permintaan yang baik. Sekarang ditambah lagi pes lain yang baharu sampailah sekarang ada 7 jenis pes.

Saya sebagai adik yang baik (hehe koya di situ) bantu jadi stokis jual pes di utara. Jadi bagi sesiapa yang berminat boleh lah whatsapp saya ye http://www.wasap.my/60136472994/DapurCikYue

Senarai Produk Dapur CikYue
🐟Ikan&Ayam bakar RM15
🦐Shellout RM15
🦐Shellout Hot&Spicy RM15
🦐Shellout Extra Hot&Spicy RM15
🍬Shellout SweetSour RM15
🧈Shellout Buttermilk RM15
🧅Ibu Sambal RM12

Berat setiap pek 250+ gm. Sesuai untuk 3-4 orang sekali makan 😊

Inilah 7 pes tersebut

Meh lah cuba kami. Gerenti nak lagi 😋

Sekian 🥰

Obses terkini

Bilik menjahit

Kemasan dapur

Nampak mak-mak sangat kan? Alhamdulillah. Moga tercapai hajat beli mesin jahit lurus dalam masa terdekat aminn.

Oh nak beli rak yang sesuai untuk organised dapur ni hehe.

Memang terinspirasi betul dengan group menjahit dan kemas rumah di FB.

Moga semuanya baik2. Bukan yang melaghakan. Amin ya Rabb

Jahit sendiri jubah untuk si kecil

Menjahit adalah salah satu hobi saya. Dapat adjust sikit baju sendiri rasa seronoknya Allah je yang tahu hehe. Tapi saya belum lah mahir menjahit. Sekadar isi masa lapang sahaja.

Jubah ni boleh terjahit sebab jumpa link FB ni:

https://m.facebook.com/media/set/?set=a.484863495044408.1073741846.407209642809794&type=3

Terima kasih banyak2 ye sebab sudi bagi pola jubah free untuk umur 1 dan 2 tahun. Siap dengan langkah-langkah lagi. Moga murah rezeki kalian. Aminn.

Jadi saya nak sharelah hasil saya jahit jubah untuk Ahmad dengan pola tu. Moga membantu sedikit sebanyak bagi yang sedang mencari-cari nak jahit baju anak sendiri. InsyaAllah.

1. Inilah pola free tu. Depa bagi dalam bentuk pdf. Kita cuma perlu print dan main puzzle kemudian selotape sahaja.

2. Gunting pola yang kita nak. Macam saya gunting pola umur 1 tahun ikut garisan yang depa label.

3. Dah dapat pola boleh gunting kain yang kita nak. Guna kain lebihan pun boleh sebab saiz anak-anak ni takdelah besar lagi hehe. Dari segi labuh tu kita boleh adjust. Tengok ketinggian anak kita.

4. Ini saya ikut langkah dia, jahit bahu dulu. Then baru dapat kemaskan bahagian leher.

5. Selepas tu boleh cantum lengan dia. Dan jahit lah semua. Saya ni amatur. Mesin jahit pun takde lagi. Jadi jahit jelujur je hehe.

6. Alhamdulillah inilah hasilnya. Tambah anak patung bagi nampak bayi2 sikit hehe.

Selamat mencuba. Sekian.

Resepi biskut marjerin cip coklat

Alhamdulillah senang je buat biskut ni. Bahan2 dia pun tak banyak.

Bahan-bahan:

1. 1 cawan marjerin

2. Setengah cawan gula perang

3. 2 cawan tepung gandum

4. 1 setengah sudu kecil baking powder

5. 100gm coklat cip

Cara-caranya:

1. Pukul marjerin dan gula perang sehingga kembang. Ketepikan.

2. Ayak tepung dengan baking powder

3. Masuk bahan ayak ke adunan marjerin sedikit demi sedikit.

4. Masukkan cip coklat.

5. Bentukkan dengan cara yang disukai. Adunan ni agak lembik ye.

6. Bakar dalam oven 170°C selama 10-15 minit bergantung saiz biskut yang dibentuk dan bergantung juga dengan jenis oven.

Sekian.

Sedapnya!

Solat dengan anak kecil

Biasanya si ibu akan bergelut untuk solat terutamanya nak kejar solat di awal waktu. Anak2 atau pekerjaan rumah sering kali menggoda kita secara tidak langsung untuk melambatkan solat. Sedikit tips saya buat walaupun tidaklah sempurna tapi membantu sedikit sebanyak.

0. Kena ada azam untuk solat awal waktu sebaik mungkin. Kalau ada yg tak dapat seperti kena menyusu dan sebagainya. Takpe usaha lagi utk solat seterusnya.

1. Baca surah an nas depan dia sebelum solat dengan gaya yg boleh menarik perhatian dia. Selain tu, boleh initiate dia hafal surah an nas nanti.

2. Kalau dia masih nak kita. Kita solat sunat qabliyah (sebelum) dulu sambil pegang dia. Sama ada solat duduk atau solat berdiri. Kalau solat kat luar dia takut dengan persekitaran asing kan. Jadi better bagi dia duduk dekat dengan kita sambil kita solat sunat. InsyaAllah dengan izin Allah solat wajib selepas tu kita boleh fokus.

Alhamdulillah. Setakat itu sahaja sehingga berjumpa lagi insyaAllah.

Baju Ahmad 15 bulan

Alhamdulillah. Ini Ahmad Asadullah. Anak soleh kami. Ni baju dia kami beli masa newborn lagi. Sekarang masih boleh pakai. Selagi boleh pakai kita bagi je pakai kan. Sebab anak2 ni cepat membesar. Sayang je kalau banyak baju boleh pakai sat2. So apa kata kita bagi pakai sampai lunyai 😛

Semangat Menulis perlu dicari

Assalam. Alhamdulillah baru download apps Worpress ni. Jadi mudah nak update bila2 masa. InsyaAllah. Harapnya wordpress ni mesra lah nak gunanya berbanding blog google ye.

Saya ni pemalu orangnya. Dalam media sosial tak semua benda nak share walaupun rasa je nak share. Berhati2 orang kata hehe (yelatu). Tapi memang berhati hati tu kena ada kan.

Jadi, teringat yang blog ni takde orang tahu sangat jadi boleh share dengan niat ia boleh memberi manfaat kepada orang lain dan bukannya mengundang kemurkaan Allah swt.

Mana tahu tips ke apa ke yang di share empunya boleh rujuk kat sini balik kan. Hehe. InsyaAllah.

Ok sekian sahaja muqaddimah. Padahal dah nak masuk tahun 2020 dah. Huhu.

Moga Allah reda. Aminnn

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum wbt. Lama sangat2 tak update blog ni sebab ni kira blog kedua.

Alhamdulillah tahun baru, gelaran baru dan kehidupan baru. Moga tahun ini lebih baik dari segi amal, tindakan dan sebagainya. Moga Allah terus bimbing..ihdinassirotolmustaqim. aminn.

Eric Paulsen & Lawyers For Liberty – Dibayar Amerika Syarikat?

Karim's Blog

Apabila ada suara-suara jahat yang sengaja membuat provokasi di Tanah Air kita, yang sebelum ini aman penuh toleransi hinggakan kaum pendatang boleh hidup kaya raya, kita tercari-cari punca dan kenapa mereka semakin berani. Apakah masing-masing mereka berseorangan atau mereka semua itu bergerak dengan langkah tersusun diokestrakan oleh perancang (atau para perancang) yang sememangnya memusuhi kita.

Allah S.W.T. sudah pun memberi peringatan kepada kita, dalam ayat 120 surah Al Baqarah, tentang musuh yang nyata dan mereka akan sentiasa berusaha untuk menyesatkan kita sehingga kiamat. Apakah kita tidak ingat? Atau apakah kita merasakan mereka ini sudah berbaik dengan kita dan boleh menjadi sahabat? Hingga ada yang mengatakan Orang Nasrani Dekat Sekali Kasih Mesranya Kepada Orang Islam 

anjing suruhan AmerikaKenyataan yang dibuat oleh Eric Paulsen, Lawyers for Liberty (LfL) dan kemudian disambut oleh Ambiga yang menuduh JAKIM sebagai mempromosikan ekstremisme setiap hari Jumaat (dalam khutbah) adalah suatu yang boleh diduga dan dibuat dengan tujuan tertentu.

Ambiga…

View original post 450 more words

Orang sedar

Orang sedar yang bilakah?

NUN

tumblr_na2prveExW1tuaxbfo1_500

Hari ini aku lihat ramai orang sedar tidur lena. Lena dalam kamar selesa, bagai tiada apa-apa yang menimpa ummat ini. Orang yang sedar ini sedar dan tahu akan situasi ummat, tetapi kesedaran itu tidak cukup untuk membangkitkan mereka dari lena. Mereka seolah-olah diikat dengan rantai besi material sehingga tidak sanggup meninggalkan kesenangan jasadi lantas bangkit menyelamatkan ummat.

Hari demi hari berlalu, orang sedar ini masih lagi dalam fasa tidurnya. Badannya terbaring, tetapi matanya terbuka, itulah kondisi paling tepat untuk menganalogikan mereka. Kelibat orang-orang yang membakar rumah mereka jelas kelihatan, tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa! Rantai besi itu cukup utuh dan kuat! Kehendak mereka tidak cukup kuat untuk melawan, dan mereka memilih untuk mengaku kalah dan tetap dalam perbaringan.

Hari demi hari berlalu, orang sedar ini masih lagi dalam perbaringan. Melihat sahaja dari jauh orang sedar lain memadamkan api rumahnya yang terbakar. Hanya melihat, sekadar itu. Jerit, sakit orang sedar…

View original post 94 more words